Marzuani tagih sokongan pengundi luar

0
1

MENJELANG berakhir kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tengah malam ini, Marzuani Ardila Ariffin akan terus berusaha menemui seramai mungkin lagi pengundi, khususnya pengundi luar di kerusi Parlimen Ketereh ditandinginya.

“Saya sudah melakukan yang terbaik dan setakat termampu, terserah kepada pengundi untuk menentukannya esok,” katanya.

Ketua Puteri Umno Kelantan itu berkata, sepanjang dua minggu berkempen, beliau telah menemui hampir kesemua pengundi dalam usaha mendapatkan sokongan.

“Sehingga saat ini saya masih berhempas pulas menemui pengundi terutama pengundi luar yang baru tiba di kampung. Masa yang ada beberapa jam ini akan dimanfaatkan sebaik mungkin.

“Saya berusaha untuk menemui seramai mungkin sehingga jam 12 tengah malam ini dan selepas itu saya tawakkal kepada Allah.

“Saya berserah kepada Allah kerana saya merasakan sudah melakukan setakat yang termampu demi membawa legasi Tan Sri Annuar Musa,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau turut merayu kepada pengundi supaya terus menyokong BN pada hari mengundi esok. – Malaysiapost

Kredit Foto: Facebook Marzuani Ardila Ariffin

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here