Asyraf Wajdi teruja, anak muda sokong BN

0
1

KETUA Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki meluahkan rasa teruja melihat kebangkitan anak muda yang menyokong Barisan Nasional (BN).

Ini kerana katanya, golongan tersebut bakal menunaikan tanggungjawab pertama mereka sebagai rakyat bagi memilih kerajaan yang memerintah.

Menurut Asyraf Wajdi, sokongan anak muda terhadap BN tergambar menerusi laporan program menyantuni pengundi muda daripada Ketua-Ketua Pemuda di Parlimen seluruh negara.

“Sepanjang tempoh kempen PRU15, mereka hadir bagi menunjukkan komitmen dan kecenderungan terhadap sebuah kerajaan yang boleh membela masa depan mereka lebih stabil dan makmur!

“Saya percaya generasi anak muda ini lebih matang untuk menilai parti yang membawa suara mereka tanpa terpengaruh dengan pelbagai persepsi dan mainan emosi yang berleluasa di media sosial.

“Tidak terpesona dengan janji dan tawaran menghairahkan namun akhirnya tidak dapat dilaksanakan sebagaimana PRU14 lalu. Tidak terpedaya dengan personaliti yang indah khabar dari rupa,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya.

Sehubungan itu beliau meminta raktar tekadkan azam dan bulatkan iltizam untuk memangkah calon yang boleh membawa negara ke arah kestabilan dan kemakmuran.

“Justeru, saya merayu kepada semua rakyat terutama anak muda kali pertama mengundi, undilah calon BN bagi memastikan negara kembali ke landasan yang betul.

“InsyaAllah rekod pencapaian lalu jelas menunjukkan hanya BN dapat memastikan kestabilan dan kemakmuran Malaysia,” katanya. – Malaysiapost

Kredit Foto: Facebook Asyraf Wajdi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here