26 kerusi Parlimen bakal ditentukan pengundi atas pagar

0
1
pru mpost banner

PENGUNDI atas pagar memainkan peranan penting sekali gus menjadi penentu kemenangan parti bertanding bagi 26 kerusi Parlimen.

Dapatan kajian dan observersi Ilham Centre menunjukkan beberapa kerusi itu termasuk dalam kategori kerusi panas yang melibatkan pertembungan calon ‘heavyweight vs. heavyweight’ dan calon popular di kawasan mencabar.

“Kedudukan kerusi ini memperlihat pengundi atas pagar berada dalam peratusan yang tinggi. Kebanyakan menyatakan keputusan akhir mereka mungkin diputuskan hingga saat-saat akhir pengundian.

“Ini menjadikan kerusi-kerusi tersebut sukar untuk dilakukan prediksi tepat kerana saingan sengit (neck to neck) dan ayunan saat akhir yang sukar dijangka.

“Mana-mana pihak yang memperoleh undi ayunan akhir akan muncul pemenang,” menurut kenyataan Ilham Centre, hari ini.

Ilham Centre menjangka akan berlaku keputusan mengejut di Parlimen tersebut sekali gus menafikan jangkaan awal sama ada buat calon ‘favourite ’ atau pun parti-parti tertentu.

“Antara kerusi-kerusi sengit dan kelabu adalah seperti berikut: Kangar, Arau, Pokok Sena, Kulim Bandar Baharu, Ketereh, Bukit Gantang, Sungai Buloh, Temerloh, Sungai Besar, Kuala Selangor, Tampin, Ayer Hitam, Kudat, Putatan, Penampang, Sipitang, Kinabatangan, Tawau, Kalabakan, Sri Aman, Lubok Antu, Igan, Sarikei, Miri, Kimanis dan Lawas,” katanya.

Selain itu, PRU15 menyaksikan tujuh juta atau 33 peratus daripada jumlah keseluruhan adalah pengundi kali pertama akan mengundi dalam pilihan raya kali ini.

“Kelompok ini ibarat anak dara pingitan yang menjadi rebutan semua pihak yang cuba untuk memikat perhatian mereka.

“Sepanjang tempoh kempen dan kajian lapangan ini dijalankan, penyelidikan mendapati bahawa kelompok ini dikelaskan sebagai ‘wild voters’.

“Mereka tidak kekok berkongsi kecenderungan politik mereka secara terbuka. Tiada istilah undi adalah rahsia bagi mereka. Kecenderungan membuat keputusan mereka berbeza berdasarkan demografi dan lokalit,” katanya.

Ilham Centre juga mendapati pengundi muda luar bandar cenderung mengikuti jalur politik keluarga dan ibu bapa.

“Bagi pengundi muda bandar walaupun cuba dipengaruhi oleh pilihan keluarga, mereka kekal dengan pilihan masing-masing. Namun begitu majoriti mereka masih belum membuat keputusan,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here