Umno hari ini ‘cash is king’ – Tun M

0
2

BEKAS Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kebiasaannya orang Melayu setia kepada parti dalam politik.

Beliau merupakan Pengerusi Gerakan Tanah Air (GTA), turut memberitahu orang Melayu jika sudah menjadi ahli atau penyokong sesebuah parti, maka parti itu akan tetap disokong walaupun apa yang berlaku.

“Demikian dahulu Umno berjuang untuk bangsa, negara dan agama. Ahli dan penyokong Umno menyertai Umno kerana perjuangannya.

“Hari ini Umno beralih kepada ‘Cash is King’ iaitu ‘Wang tunai itu Raja’,” katanya dalam hantaran Facebook hari ini.

Dr Mahathir berkata, pemimpin Umno sering dikaitkan dengan penyelewengan wang, salah guna kuasa, dan turut disabitkan di mahkamah.

Bagaimanapun, katanya, ahli dan penyokong Umno masih setia kepada Umno, masih mencium tangan pemimpin dan mengundi Umno-Barisan Nasional (BN).

“Dan pemimpin pun curi duit, masuk akaun bank pemimpin, beri sedikit duit kepada ahli dan penyokong, salah guna kuasa, halalkan duit yang diperolehi secara haram, dihadap ke mahkamah, dibicara, didapati bersalah, dimasuk penjara,

“..didenda bermillion kerana mencuri, merosakkan Umno, rosak negara jadi negara Asia Tiger sebagai negara kleptokrasi dan lain-lain.

“Sudah tentu jika BN menang, dan diri kerajaan, mereka akan teruskan tabiat mereka,” ujarnya.

Katanya lagi, minda penyokong dan ahli Umno tetap akan setia kepada parti walaupun mempunyai pemimpin yang tidak setia dan akan merosakkan negara. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here