Nationwide Express Courier tamat operasi berkuat kuasa bulan depan

0
2

NATIONWIDE Express Courier Services Bhd menjadi syarikat penghantaran terbaharu mengumumkan penamatan operasi di negara ini berikutan persekitaran operasi yang mencabar dan kompetitif.

Syarikat itu dalam kenyataan memaklumkam ia sedang mengambil langkah untuk menghentikan operasi perniagaannya secara beransur-ansur, selepas petisyen penggulungan difailkan terhadapnya.

“Petisyen penggulungan akhirnya boleh membawa kepada pemberhentian perniagaan dan operasi, yang akan mengakibatkan penutupan keseluruhan syarikat,” kata ketua jualan strategik dan pemasaran syarikat Syahrindah Azman. 

Dalam kenyataan itu, syarikat itu berkata ia akan menghentikan operasi perniagaannya berkuatkuasa 15 Disember ini.

“Pengambilan terakhir kami adalah pada 7 Disember ini. Kami ingin menyatakan bahawa kami sentiasa menghargai hubungan perniagaan yang telah wujud antara kami selama ini, dan sekali lagi terima kasih atas sokongan anda,” kata Syahrindah.

Nationwide Express diklasifikasikan sebagai syarikat Nota Amalan 17 (PN17) pada Februari 2020, selepas ekuiti pemegang sahamnya jatuh kepada kurang daripada 50% daripada modal saham berbayarnya.

Syarikat ini telah dinyahsenarai pada 5 April tahun ini, berikutan penolakan Bursa Malaysia terhadap rayuannya untuk lanjutan masa untuk mengemukakan pelan peraturannya.

Keputusan kewangan terakhir yang tersedia secara terbuka menunjukkan bahawa Nationwide Express kekal merah untuk tempoh sembilan bulan berakhir 31 Disember 2021, dengan kerugian bersih mengecil sebanyak RM6.92 juta berbanding dengan RM11.54 juta yang ditanggung dalam tempoh yang sama setahun lalu.-Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here