Banjir makin buruk di Selangor, 719 mangsa dipindahkan

0
2

SERAMAI 719 mangsa banjir daripada 175 keluarga di Selangor ditempatkan di tujuh pusat pemindahan sementara (PPS) sehingga jam 8 pagi ini.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Selangor, PPS bagi daerah Klang membabitkan Masjid Kampung Johan Setia yang menempatkan 195 mangsa daripada 49 keluarga dan Balai MPKK Kampung Jalan Kebun, Batu 7 yang menempatkan 58 mangsa daripada 15 keluarga.

Dua PPS dibuka di Petaling iaitu Dewan Camelia Putra Heights (210 mangsa daripada 53 keluarga) dan Masjid Putra Heights (227 mangsa daripada 51 keluarga).

Hulu Langat pula membabitkan 29 mangsa daripada tujuh keluarga yang ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Ulu Semenyih.

Jumlah mangsa di dua lagi PPS iaitu di Balai Raya Pekan Bangi Lama (Hulu Langat) serta Dewan Orang Ramai Taman Gemilang (Sepang) masih dalam bancian.

Sementara itu, tiga PPS yang dibuka pada 11 dan 15 November di Kuala Selangor serta Sabak Bernam masih beroperasi sehingga hari ini.

PPS berkenaan adalah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jeram yang menempatkan 116 mangsa daripada 30 keluarga; Dewan Bagan Nakhoda Omar (tujuh mangsa daripada dua keluarga) serta Dewan Simpang 5 (enam mangsa dari satu keluarga).

Beberapa kawasan di Selangor sekali lagi dilanda banjir susulan hujan lebat jam sejak 10.30 malam tadi.

Difahamkan, banjir kilat membabitkan banyak kawasan antaranya, Seksyen 13, Seksyen 22, Padang Jawa, i-City di Shah Alam.

Kawasan Klang yang terjejas adalah Taman Sentosa; GM Klang; Kondominium Dinasti Klang; Bandar Klang; Taman Chi Liung; Pangsapuri Taman Permai Indah dan Jalan Yadi. – Malaysiapost

Kredit Foto: Media sosial

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here