Tiada lagi istilah kerajaan pintu belakang, tebuk atap – Zahid

0
2

TIADA lagi istilah kerajaan ‘pintu belakang’ mahupun ‘tebuk atap’ jika Barisan Nasional (BN) membentuk kerajaan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), 19 November ini.

Ini kerana Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau percaya gabungan itu akan mampu menubuhkan kerajaan dengan mandat rakyat.

Berucap di hadapan lebih 500 pengundi masyarakat India di Bagan Datuk, calon BN bagi kerusi parlimen itu

“Bila BN telah jadi kerajaan sepenuhnya, kita tidak mahu kerajaan tebuk atap, kita tidak mahu kerjaaan pintu belakang, kita tidak mahu kerajaan masuk tingkap.

“Kita mahu kerajaan yang disokong seluruh rakyat. Oleh itu, di Bagan Datuk segalanya akan bermula,” katanya pada majlis Rumah Terbuka Deepavali di Bagan Datuk, malam tadi.

Ahmad Zahid yang juga Presiden Umno berkata beliau percaya kemenangan BN akan bermula dari Bagan Datuk. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here