Kedah isytihar cuti umum 18 dan 19 November

0
1

KERAJAAN Kedah mengisytiharkan 18 November dan 19 November ini sebagai cuti umum di negeri itu sempena Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Perkata itu diumumkan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Norizan Khazali yang berkata, ianya selaras dengan keputusan Kerajaan Persekutuan yang terdahulu mengisytihar cuti umum pada tarikh sama.

“Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan cuti umum pada 18 dan 19 November bagi memudahkan rakyat menunaikan tanggungjawab mengundi pada PRU15.

“Cuti umum yang jatuh pada 18 November akan digantikan dengan hari bekerja berikutnya iaitu pada 20 November, Ahad,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Semalam, Perdana Menteri mengumumkan hari kelepasan am pada Jumaat dan Sabtu ini bagi memudahkan rakyat menunaikan tanggungjawab mengundi. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here