Nasihat kepada pengundi positif Covid-19

0
3

SEMUA pengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) termasuk yang positif Covid-19 diingatkan agar mengamalkan beberapa langkah am ketika keluar mengundi pada 19 November ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata langkah am adalah bagi memastikan proses pengundian berjalan dengan selamat mengurangkan risiko jangkitan kepada pengundi lain serta petugas di pusat pengundi.

“Semua pengundi yang layak akan keluar mengundi pada 19 November 2022.

“Petugas kesihatan akan ditempatkan di pusat mengundi bagi membantu melicinkan urusan pengundian bagi pengundi positif Covid-19,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Beliau juga mengingatkan agar semua pengundi mematuhi arahan petugas kesihatan semasa berada di tempat mengundi.

“Bersama memastikan proses PRU-15 berjalan dengan selamat dan sihat,” katanya.

Dalam hantaran itu, Dr Noor Hisham turut berkongsikan infografik nasihat dan langkah am kepada pengundi yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Langkah dan nasihat berkenaan antaranya adalah pemakaian pelitup muka yang diwajibkan bagi semua kes positif Covid-19 dan amat digalakkan bagi pengundi lain.

Selain itu, pengundi positif Covid-19 tidak dibenarkan menaiki kenderaan awam termasuk perkhidmatan e-hailing dan perlu mematuhi penjarakkan fizikal yang selamat.

Pengundi-pengundi yang positif Covid-19 juga diminta elak singgah mana-mana tempat selain pusat mengundi sebelum atau selepas mengundi – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here