Undi tentera: Anwar patut lapor SPR, bukan raih publisiti

0
1
KUALA LUMPUR, 27 Feb -- Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa bercakap ketika sidang media selepas pertemuan khas di ibu pejabat UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.
--fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

PENGERUSI Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim, sepatutnya membuat laporan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sekiranya benar mempunyai maklumat berhubung dakwaan berlaku pengundian awal membabitkan anggota tentera di Bera, Pahang.

Ketua Umno Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa, berkata adalah tidak wajar Anwar membuat kenyataan secara terbuka berhubung perkara berkenaan.

Beliau berkata, tindakan Anwar itu dilihat hanya ingin meraih publisiti semata-mata pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

“Sepatutnya dia (Anwar) melaporkan kepada SPR supaya tindakan boleh diambil jika dakwaan itu betul.

“Malangnya, kalau dia lontar (dakwaan) macam itu untuk mendapat publisiti, orang akan menganggap perkara berkenaan sebagai betul sedangkan ia belum sahih,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Ramah Mesra bersama Umno Cawangan Kampung Pulau Bahagia, Kuala Terengganu, malam tadi.

Dalam pada itu, Annuar bagaimanapun berpandangan tindakan Presiden PKR itu hanya memberi keuntungan kepada BN.

“Saya tidak fikir tindakan Anwar ini memberi kesan terhadap BN, sebaliknya memberi untung kepada BN,” katanya.

Semalam, Anwar mendakwa berlaku pengundian awal membabitkan anggota tentera di Bera.

Beliau mendakwa anggota tentera berkenaan dibayar, selain menegaskan mempunyai bukti kukuh mengenai perkara itu.

Sususlan itu, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyifatkan dakwaan Anwar itu sebagai fitnah dan merendahkan martabat anggota keselamatan negara.

Perdana Menteri menegaskan, dakwaan itu sengaja dibuat untuk menimbulkan persepsi negatif masyarakat terhadap BN, khususnya menjelang hari mengundi, 19 November ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here