‘Hentikan jual-beli syurga neraka setiap kali musim pilihan raya’ – Asyraf Wajdi

0
1

KETUA Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki membidas perbuatan melabel seseorang sebagai ahli neraka hanya kerana mengundi parti politik tertentu dengan menegaskan syurga dan neraka milik mutlak Allah.

Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Gerik itu berkata, tiada sesiapa yang boleh menentukan seseorang akan dimasukkan ke neraka jika memilih parti tertentu.

“Syurga dan neraka milik mutlak Allah. Tiada siapa yang boleh menentukan akan masuk neraka jika pangkah parti-parti tertentu.

“Hentikanlah jual beli syurga neraka setiap kali musim pilihan raya. Tawarkanlah dasar dan polisi bermanfaat untuk rakyat dan bukannya bergantung kepada kempen adu-domba, menabur fitnah dan menanam benci,” katanya menerusi hantaran di Facebook semalam.

Kenyataan Asyraf Wajdi itu merujuk tindakan Ketua Pemuda PAS Sik, Mohd Shahiful Nasir yang mendakwa pengundi bahawa akan masuapi k neraka sekiranya memilih Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) pada PRU15.

Terdahulu, Mohd Shahiful tampil memohon maaf susualan keterlanjurannya membuat kenyataan berkenaan.

Permohonan maaf tersebut dibuat menerusi satu video ringkas berdurasi 34 saat yang dipaparkan di laman media sosial Facebook Pemuda PAS Sik, semalam.

Mohd Shahiful mengakui perkara berkaitan syurga dan neraka bukanlah ditentukan hanya kepada penyokong BN dan PH sebaliknya melibatkan secara umum yang melakukan kebaikan atau kejahatan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here