Momentum menyebelahi BN, PM yakin menang 112 kerusi

0
2

BARISAN Nasional (BN) yakin melepasi sasaran majoriti mudah 112 kerusi Parlimen sekali gus dapat membentuk kerajaan dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keyakinan itu berdasarkan laporan jentera BN di seluruh negara, sokongan rakyat kepada parti itu semakin kuat termasuk dalam kalangan pengundi bukan Melayu.

“Saya bersama Top 5 bermesyuarat tadi (hari ini) dan kita dapati perkembangan amat positif diterima BN ketika ini.

“Kita sedang mendahului dan yakin akan menang dalam PRU15 pada 19 November ini nanti dengan penguasaan 112 kerusi bagi membentuk kerajaan majoriti mudah,” katanya.

Beliau berkata pada sidang media selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra Bersama Penduduk Kampung Batu Bor di Kuala Bera, hari ini.

Ismail Sabri juga percaya sokongan dari rakan strategik parti dari Sabah dan Sarawak juga akan mampu memperkuatkan kerajaan yang dibentuk.

“Kita (BN) boleh lepas (menang) 112 kerusi untuk bentuk kerajaan sendiri tapi saya percaya kita bukan bersendirian dan perlukan kerajaan lebih kuat bersama rakan dari Sabah dan Sarawak.

“Kita juga mengharapkan sokongan mereka untuk memperkuatkan kerajaan akan datang agar lebih banyak penambahbaikan boleh dilakukan untuk negara,” katanya.

Ismail Sabri yang akan mempertahankan kerusi Parlimen Bera berkata, kerajaan lebih stabil diperlukan walaupun kini tidak akan berlaku lompat parti susulan sudah dikuatkuasakan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here