SPR larang bawa telefon bimbit ke pusat pengundi

0
2
grafik

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) mengumumkan larangan membawa masuk telefon bimbit ke pusat mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Perkara itu diumum SPR menerusi info grafik bergambar di laman rasmi Facebooknya hari ini.

Info grafik yang memaparkan 10 langkah proses pengundian turut memaparkan gambar larangan membawa telefon bimbit masuk ke dalam pusat mengundi.

Sebelum ini, Pengerusi Gerakan Tanah Air (GTA), Tun Dr Mahathir Mohamad pernah menyarankan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melarang pengundi membawa masuk telefon bimbit ke pusat mengundi sebagai mengelakkan budaya rasuah.

Beliau berkata, prosedur tersebut perlu diketatkan kerana telefon bimbit didakwa boleh mengundang kebocoran rahsia pengundi dan dijadikan sebagai modal mendapatkan habuan.

Saranan sama turut dinyatakan Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki bagi mengekang pengundi merakam kertas undi yang ditanda, sekali gus mengelak perbuatan rasuah. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here