PM ingatkan, “1 undi PH, 1 undi untuk DAP”

0
2

PERDANA Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengingatkan pengundi bahawa satu undi untuk Pakatan Harapan (PH) adalah sama satu undi untuk DAP.

Beliau memberi peringatan itu dalam satu majlis di Ayer Hitam, Johor yang menegaskan, pengundi agar ⁰tidak masuk dalam perangkap PH yang meletakkan calon Melayu di Parlimen itu tetapi sebenarnya DAP dibelakang.

”Ini bermakna satu undi untuk PH adalah satu undi untuk DAP.

“Jadi saya harap anda jangan terperangkap dengan permainan mereka ini. Ini semua mainan mereka.

”Jadi untuk menyekat kemaraan DAP kita mesti kalahkan calon PH di mana saja kita berada,” kata Ismail Sabri pada Majlis Ramah Mesra Perdana Menteri Bersama Warga Parlimen Ayer Hitam di Taman Suria, Ayer Hitam, hari ini.

Menurutnya, strategi pembangkang yang cuba mencetus naratif berkenaan ‘satu undi untuk Zahid’, Ismail Sabri berkata, ia cuma persepsi mainan musuh Barisan Nasional (BN).

Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), PH meletakkan Ahli Jawatankuasa Pusat DAP Sheikh Omar Bagharib Ali untuk berdepan penyandang kerusi Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.

Pada masa sama, Naib Presiden Umno itu mendakwa, DAP telah berkuasa ketika PH memerintah walaupun ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad Bersatu menjadi Perdana Menteri.

“Kita sebagai orang Melayu kekal budaya kita. Inilah waktunya kita membalas budi MCA dengan memberi laluan kepada calon MCA, Datuk Wee Ka Siong

“Kita akan buktikan kesetiaan kita pada kawan-kawan. Kalau MCA dan MIC boleh setia walaupun parti lain lari dari BN, dalam UMNO pun ada lari, lompat tetapi MCA kekal. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here