Megat Hisemudin Megat Kasim
ADAKAH Datuk Seri Mohamed Azmin Ali atas tiket Perikatan Nasional (PN) jelas menang atau kabur di Gombak setelah Pakatan Harapan (PH) mengumumkan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dicalonkan di Gombak.
Dijangka Barisan Nasional (BN) akan mencalonkan Ketua Bahagian Umno Gombak, Datuk Megat Zulkarnain Omardin.
Lain-lain calon seperti dari Pejuang yang mewakili blok Gerakan Tanah Air (GTA) hanya dianggap sebagai ‘kacau daun’ dan menyerah leher untuk disembelih wang pertaruhan saja.
Kajian ini bersumberkan data Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) dan disesuaikan dgn suasana PRU-15.
Dalam PRU-14 kerusi Gombak dimenangi oleh Azmin dari PKR dgn jumlah undi 75,113 dan majoriti undi ialah 48,721.
Berbanding semasa PRU-13, beliau mendapat 54,827 undi dan majoriti undi hanyalah 4,734 sahaja.
Ini bermakna dlm PRU-14 telah terlebih “goreng” yg menyebabkan undi menyebelahi PH namun undi ini sebenarnya bukanlah “genuine” atau asli tetapi telah dimanipulasikan isu di peringkat nasional dan janji-janji populis.
Dijangka dalam PRU-15 akan berlaku “correction” yakni “pembetulan” di mana pengundi atas pagar dijangka akan melihat situasi terakhir sebelum memberikan undi.
Begitu juga mereka yg menjadi ahli parti atau penyokong kini lbh rasional untuk memangkah calon dan parti. Agar pengalaman dalam satu penggal terdapat tiga buah kerajaan tidak akan berlaku lagi.
Azmin Ali mendapat undi 75,113 atau 63.1 peratus mengalahkan calon BN, Datuk Abdul Rahman Kamaruddin dgn undi 26,392 atau 22.17 peratus. Manakala calon PAS, ir Khairul Nizam memperolehi 17,537 undi atau 14.73 peratus.
Setelah dikira undi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen bagi BN ia menampakkan persamaan. DUN, 27,582 undi berbanding parlimen 26,392. Selisih dalam 1,190 undi sahaja. Ini bermakna penyokong BN adalah pengundi teras.
Bagi calon PKR pertambahan undi sekitar 7,764 undi yg kebanyakan disumbangkan oleh pengundi PAS di peringkat DUN sebanyak 6,124 undi.
Bermakna penyokong PAS sama ada tertarik untuk mengekalkan Azmin sebagai Ahli Parlimen ataupun disebabkan oleh tarikan manifesto yang populis.
Senario sekarang ialah dengan Bersatu keluar dari PH lalu membentuk PN bersama PAS. Maka sudah tentu berlaku perpecahan undi dari PH yang mungkin menguntungkan pihak ketiga iaitu BN.
Senario 1:
BN mendapat 10 peratus pertambahan undi dari PH, maka 26,392 + 7,500 = 33,892 undi.
Undi PH yang asal berkurangan menjadi 67,613 undi.
Jika kini setelah terbentuk 2 kumpulan iaitu PH yg baru (Amirudin) dan PN (Azmin) maka:
Jika Amirudin dapat 60 peratus – 40,568 undi
Maka Azmin dapat 40 peratus – 27,045 undi
Tambah undi dari PAS 17,537 undi, Azmin dapat 44,582 undi. Maka Azmin masih lagi mengekalkan kerusi Gombak.
Senario 2:
BN mendapat 15 peratus daripada undi PH – 37,659 undi
Amirudin kekal 60 peratus – 38, 308 undi
Azmin kekal 40 peratus + undi PAS = 43,075 undi.
Azmin masih kekal menang di Gombak.
Senario 3:
BN kekal dapat 15 peratus undi dari PH – 37,659 undi.
Amirudin tambah jadi 70 peratus – 44,692 undi
Azmin kurang jadi 30 peratus + undi PAS = 36,691 undi.
Amirudin akan menang di Gombak.
Senario 4:
Jika BN dapat mencuri 20 peratus undi dari PH akan menjadi 41,414 undi dan ia mewakili 35 peratus daripada keseluruhan undi.
Dengan keadaan ini Amirudin dan Azmin akan berkongsi 65 peratus undi.
Maka jika BN mahu menang dlm pilihan raya ini perlulah mendapatkan sekurang-kurangnya 20 peratus daripada undi sedia ada PH.
Jika BN mendapat antara 36 peratus – 38 peratus paratus undi keseluruhannya dijangka Datuk Megat Zulkarnain pasti akan dilantik sebagai Ahli Parlimen yang baru.
Penulis adalah jurutera awam, pengarang matematik dan penganalisa politik.
(Artikel ini dipetik sepenuhnya dari tulisan di Facebook beliau)

