Reezal Merican ambil serius pandangan walaupun sembang kedai kopi

0
2

KEHANGATAN Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) semakin terasa menjelang tarikh penamaan calon pada 5 November ini, dan menjadi topik perbualan rakyat termasuk masyarakat di kampung.

Perkara itu turut dirasai Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Beliau yang juga penyandang kerusi Parlimen Kepala Batas, mengambil peluang berinteraksi dengan masyarakat di kawasannya dalam memperbaiki khidmat sebagai wakil rakyat.

“Seronok saya pagi ini dapat bersarapan dengan orang kampung di Warung Hassan/ Abah dekat simpang Bakar Kapor, Padang Tembusu, Penaga.

“Macam biasa, ‘pekena’ roti canai kuah banjir. Kalau nak cari roti canai yang sedap-sedap, mai la kedai kot belah Penaga ni. Sedap dan sempoi.

“Macam-macam cerita keluar, cerita kedai kopi orang habaq, tambahan lagi seminggu nak penamaan calon, memang tak boleh lari dari bersembang pasal PRU-15,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Reezal Merican berkata, biarpun hanya sembang santai, namun pandangan-pandangan daripada penduduk setempat diambil serius pihaknya.

“Pandangan-pandangan depa untuk Keluarga Kepala Batas saya sentiasa ambil serius dan akan cuba ikhtiarkan,” katanya. 

Dalam PRU-14, Reezal Merican memenangi kerusi Parlimen Kepala Batas dengan menewaskan calon PKR, Dr Zaidi Zakaria dan Siti Mastura Muhammad (PAS), selepas memperoleh 22,459 undi. – Malaysiapost 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here