Presiden PCM pulangkan 4 darjah kebesaran Pulau Pinang

0
1

PENGERUSI Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan semalam, memulangkan empat pingat anugerah yang diterimanya sejak 20 tahun lepas kepada Kerajaan DAP Pulau Pinang.

Pingat berkenaan ialah Pingat Jasa Masyarakat, Pingat Jasa Kebaktian, Pingat Kelakuan Terpuji dan Darjah Johan Negeri.

Penghantaran pingat menggunakan syarikat kurier, Pos Laju itu turut disertakan dengan surat tulisan tangan memaklumkan pemulangan anugerah kepada Setiausaha Kerajaan Pulang Pinang.

Surat tulisan tangan memaklumkan pemulangan anugerah kepada Setiausaha Kerajaan Pulang Pinang.

Dalam hantaran di Facebooknya semalam, Cheng Guan berkata pemulangan itu berikutan kerajaan DAP Pulau Pinang tidak konsisten, mengamalkan politik double standard dan tiada ketelusan.

“Selesai, pingat sudah hantar pulang kepada kerajaan DAP Pulau Pinang melalui Pos Laju. Parlimen dah bubar, tambah sibuklah, hantar melalui Pos laju sahaja. Ambil balik kau,” katanya.

Cheng Guan turut mempersoalkan mengapa hanya darjah kebesaran bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sahaja ditarik, sedangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga bekas banduan tidak diambil tindakan sama.

“Anwar adalah bekas banduan. Jangan lupa Najib pun banyak berjasa kepada kerajaan Pulau Pinang,” katanya dalam surat bertarikh 12 Oktober.

Baru-baru ini kerajaan DAP Pulau Pinang menarik darjah kebesaran diberikan kepada Najib selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi terhadap Najib atas beberapa pertuduhan pada 23 Ogos lalu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here