Neelofa sedih netizen dahului muat naik wajah Bilal di media sosial

0
1

PELAKON dan usahawan terkenal, Neelofa mengakui kesal dengan tindakan individu yang mendedahkan wajah Muhammad Bilal kepada umum, di laman TikTok baru-baru ini.

Tindakan wanita tersebut yang ‘mendahului’ Neelofa yang sejak dari awal keberatan untuk menunjukkan wajah anaknya, ternyata membuat bekas pengacara itu sedih.

Memetik portal Oh Bulan, Neelofa berkata perbuatan wanita itu langsung tidak menghormati perasaannya dan suami, Haris Ismail.

“Macam inilah, sebagai seorang ibu semestinya benda tu (kongsi wajah) menyinggung perasaan saya. Kalau anda semua nampak Bilal di luar, tak akan saya nak sorok muka.

“Kalau anda kongsikan di media sosial, seperti tak hormati saya. Saya tak pernah halang ketika di luar. Kenapa anda nak buat tindakan selanjutnya sedangkan saya belum lagi buat?,” katanya.

Semakan Malaysiapost di laman TikTok, rata-rata warga maya meminta orang ramai agar segera berhenti provokasi mengenai wajah Muhammad Bilal.

Terdapat juga netizen yang berpendapat tindakan tindakan wanita tersebut mungkin disebabkan terlalu teruja melihat wajah sebenar anak Neelofa yang sebelum ini sering ditutup ‘emoji’.

“Dari konon nak jadi eksklusif last-last boleh tengok sendiri kat TikTok. Tak payah cantum-cantum dah dengan gambar separuh sebelum ini,” ujar Aya Sofea94.

“Peliknya orang yang sibuk nak tengok muka Bilal ni. Hormati sahaja apa yang Neelofa buat untuk anak dia,” kata MissNin. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here