Hospital Cyberjaya tidak akan diswastakan – KJ

0
1

KERAJAAN bersetuju agar Hospital Cyberjaya dioperasikan sepenuhnya sebagai hospital awam di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan tidak diswastakan.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin ketika mengesahkannya berkata keputusan tersebut dibuat dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada 7 Oktober lalu.

“Hospital Cyberjaya akan menawarkan 14 bidang kepakaran.

Hospital Cyberjaya akan menawarkan 14 bidang kepakaran.

“Di peringkat awal fasa pengoperasian bermula 11 November 2022, Hospital Cyberjaya akan melaksanakan perkhidmatan kepakaran iaitu Jabatan Kecemasan, Jabatan Perubatan, Jabatan Pembedahan dan Jabatan Anesthesiologi, Jabatan Pediatrik dan Jabatan Obstetrik & Ginekologi,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya.

Menurut Khairy, satu bangunan dalam kawasan Hospital Cyberjaya akan beroperasi sebagai Klinik Kesihatan Cyberjaya bagi rawatan pesakit luar dan akan memulakan operasi pada 1 November ini.

“Klinik Kesihatan Cyberjaya ini dibuka bagi menampung keperluan perkhidmatan kesihatan di daerah Sepang dan kawasan sekitar termasuklah untuk mengurangkan kesesakan di Klinik Kesihatan Dengkil,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here