‘Ada yang rindu Abah?’ – Wan Saiful

0
1

KETUA Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan menyifatkan Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi banyak manfaat kepada rakyat yang terkesan ketika menjadi Perdana Menteri.

Beliau berkata, keprihatinan Muhyiddin ketika menjadi Perdana Menteri dapat dilihat menerusi pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) berjumlah RM250 bilion.

“Ada yang rindu abah (Muhyiddin) Ketika Tan Sri Muhyiddin menjadi Perdana Menteri, banyak manfaat yang telah diberi kepada mereka yang terkesan.

“RM250 bilion telah diberikan untuk membantu rakyat dan PKS melaui Pakej Ransangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN).

“Prihatin Rakyat Perikatan Nasional (PN) akan memastikan keutamaan kepada rakyat akan didahulukan,” katanya menerusi Facebook.

Dalam hantaran sama, Wan Saiful turut memuatnaik klip video gesaan Muhyiddin menyarankan institusi perbankan mempertimbangkan cadangan pemberian moratorium kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) terutama mereka yang masih bergelut untuk pulih pasca Covid-19.

Sebelum ini, Muhyiddin yang juga Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) mendakwa sudah tiga kali mesyuarat MPN membincangkan mengenai PKS, yang antara lainnya memohon bantuan kewangan memandangkan ada antara mereka masih tidak dapat pulih dan perniagaan merosot.

Menurut Muhyiddin, ini ditambah pula dengan kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak tiga kali tahun ini yang dilihat bukan saja memberi kesan kepada momentum pemulihan ekonomi negara, malah prestasi PKS yang kini menyumbang 90 peratus kepada aktiviti ekonomi negara. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here