Pelakon remaja bertudung sebenarnya ‘kaki kelab’?

0
1

PELAKON remaja berimej muslimah ‘kaki’ kelab malam menjadi trending di media sosial sejak semalam selepas warga maya tertanya-tanya siapakah gerangan pelakon yang dimaksudkan itu.

Semakan di beberapa portal hiburan tempatan mendapati rata-rata memberitahu pelakon tersebut cukup dikenali dengan imej bertudung litup seperti yang dipertontonkan selama ini di kaca televisyen.

Turut dikatakan pelakon remaja berusia belasan tahun itu juga terkenal dengan sifat lemah lembut dan menyantuni orang lain.

Bagaimanapun, imej sopan pelakon remaja itu hanya ketika di set penggambaran atau dalam lakonan sahaja. 

Pelakon itu didapati menjejakkan kaki di kelab malam bersama rakan-rakannya, malah dikatakan bercampur tanpa segan-silu bersama rakan-rakan lelaki. 

Lebih mengejutkan apabila pelakon itu juga katanya sudah membuka tudung dan mengenakan pakaian agak seksi.

Carian di media sosial mendapati netizen masih ‘menjalankan tugas’ menggali bukti dan jawapan kepada gerangan pelakon remaja yang sudah hilang imej ‘ustazah’ itu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here