Zaid Ibrahim kembali menyertai Umno

0
1

BEKAS peguam kepada Datuk Seri Najib Razak, Datuk Zaid Ibrahim hari ini mengumumkan keputusannya kembali menyertai Umno.

Zaid berkata keputusan itu diambil dengan hasrat untuk melihat transformasi Umno dapat dilaksanakan “dari dalam”.

“Niat saya hanya untuk membantu Umno. Saya sudah bersara dan saya tidak banyak kerja.

“Saya tidak terlalu sibuk dan saya kembali ke parti, saya boleh membantu,” katanya ketika ditemui media.

Zaid berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri ceramah anjuran BN Johor Baru di Balairaya Stulang Baru, hari ini.

Bekas menteri di jabatan perdana menteri itu mula menyertai Umno pada 2000. Dia bertanding dan memenangi kerusi parlimen Kota Bharu pada pilihan raya umum 2004.

Bagaimanapun pada tahun 2008, Umno menggantung keahliannya.

Pada 2009, Zaid menyertai PKR tetapi meletak jawatan daripada parti itu setahun kemudian sebelum menubuhkan Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) pada 2010

Zaid menyertai DAP pada 2017 dan hanya bertahan selama kira-kira tiga tahun sebelum meninggalkan parti politik keempatnya pada 2020.

Sementara itu, Zaid berkata dia telah menyerahkan borang keahliannya semasa taklimat khas Umno di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di Kuala Lumpur, 27 Ogos lalu.

Katanya, dia ingin melihat Umno melakukan transformasi dan lebih terbuka untuk melakukan pembaharuan.

“Akhirnya, saya rasa lebih baik saya bersama Umno walaupun reformasi itu mungkin mengambil masa yang lama,” katanya.- Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here