PRU-15 mesti diadakan tahun ini – Ahmad Zahid

0
1

PILIHAN Raya Umum ke-15 (PRU-15) mesti diadakan pada tahun ini dengan apa cara sekalipun, tegas Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau yang juga Presiden Umno, berkata PRU-15 tidak boleh ditangguhkan sehingga tahun hadapan kerana pihak musuh sentiasa menabur fitnah bagi menghakis keyakinan rakyat kepada BN sedikit demi sedikit.

“Setiap hari kepercayaan kepada BN akan dihakis, kita tidak boleh biarkan fitnah meracuni rakyat,” katanya ketika berucap dalam ucapan majlis pelancaran jentera PRU-15 BN Parlimen Bagan Datuk di Bagan Datuk, hari ini.

Majlis pelancaran telah dirasmikan Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad.

Sebelum ini, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, penentuan mengenai tarikh PRU15 belum dibincang ‘top five’ Umno.

Bagaimanapun, dalam kenyataan hari ini Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, perkara itu akan dibincang oleh ‘top five’ dan Majlis Kerja Tertinggi pada 30 September ini.

Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk, menegaskan, kesiapsiagaan jentera BN menghadapi PRU-15 menjadi faktor yang akan menyumbangkan kemenangan BN pada pilihan raya akan datang. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here