Sultan Perak berkenan bendera dikibar separuh tiang

0
1

SULTAN Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menitahkan bendera negeri Perak dikibarkan separuh tiang selama tiga hari mulai esok sebagai menghormati hari pemakaman Ratu Elizabeth II.

Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim, berkata baginda bertitah ia sebagai tanda menghargai hubungan Ratu Elizabeth II dengan istana dan negeri ini.

“Sultan Nazrin Muizzuddin Shah atas semangat menghargai hubungan Ratu Elizabeth II dengan Istana dan Negeri Perak.

“Di samping menzahirkan rasa dukacita atas kemangkatan Ratu Elizabeth II, baginda menitahkan bendera negeri ini dikibarkan separuh tiang selama tiga hari,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ahmad Suaidi berkata, menjunjung titah tersebut, bendera Negeri Perak hendaklah dikibarkan separuh tiang bermula esok sehingga selesai istiadat pemakaman Ratu Elizabeth ll pada hari Isnin depan.

Ratu Elizabeth II, yang paling lama bertakhta di dunia, iaitu selama tujuh dekad, meninggal dunia pada usia 96 tahun, pada 9 September lalu.

Istana Buckingham, dalam satu kenyataan sebelum ini mengumumkan tempoh berkabung akan berlangsung sehingga hari pengebumian negara. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here