Perkhidmatan 5G pastikan Sabah, Sarawak kekal kompetitf

0
2

ILTIZAM yang lebih besar diperlukan bagi memastikan jurang ekonomi antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak dapat dikecilkan.

Dalam bidang teknologi, Sabah dan Sarawak sudah ketinggalan kerana keenganan syarikat-syarikat telekomunikasi untuk menyediakan perkhidmatan 4G yang memadai yang kepada rakyat di Sabah dan Sarawak.

Ramai pelajar Sabah dan Sarawak yang masih dibelenggu kemiskinan memerlukan perkhidmatan internet yang berkualiti demi memastikan mereka tidak ketinggalan dan dapat sama-sama bersaing dengan pelajar dari kawasan yang mempunyai infrastruktur yang lengkap.

Hanya menerusi pendidikan, ia dapat membantu rakyat Sabah dan Sarawak keluar dari kitaran kemiskinan.

Dari segi pelaburan, penyediaan 5G akan memastikan Sabah dan Sarawak dapat kekal kompetif dan meraih manfaat daripada pembangunan Kalimantan Timur sebagai ibu negara baharu Indonesia.

Ia juga dapat membuka peluang-peluang pelaburan baharu yang dapat dimanfaatkan oleh anak-anak tempatan.

Kita berharap, usaha untuk memastikan kesaksamaan infrastruktur dan perkhidmatan 5G di Sabah dan Sarawak dengan Semenanjung sebagai iltizam sempena Hari Malaysia yang bakal tiba.

Kita juga ini berharap, usaha ini dapat diterjemahkan menerusi komitmen dalam Bajet 2023.

Sodiq

Mahasiswa Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here