Pak Nil minta pengikut FB hati-hati, scammer guna identiti tipu orang ramai

0
2

SELEBRITI popular, Datuk Aznil Nawawi kecewa apabila masih ada pihak mengambil kesempatan menggunakan wajah dan namanya melalui akaun media sosial khususnya Facebook bagi menipu wang orang ramai.

Berikutan itu, Aznil atau lebih senang disapa Pak Nil, 60, meminta orang ramai untuk lebih berhati-hati dengan scammer terbabit.

“Assalamualaikum, Pak nil agak kecewa sebab wajah, nama Pak Nil telah digunakan sesetengah pihak kebanyakannya di Facebook dan ada di antara ‘follower’ Pak nil WhatsApp yang mesej Pak Nil mengatakan bahawa mereka tertipu dengan scammer.

“… yang (penipuan) besar-besaran dilakukan untuk ambil kesempatan atas nama, wajah Pak Nil. Untuk pengetahuan anda semua.. tolong berhati-hati.. ,” katanya menerusi rakaman video di Instagramnya.

Pak Nil berkata, dia sudah mengambil langkah-langkah seperti memaklumkan mengenai penipuan itu melalui video namun masih ada yang terlepas pandang.

“Jadi, Pak Nil kasihan dengan mereka yang tertipu itu.. kalau korang tengok Pak Nil ada satu sahaja akaun Facebook official (Aznil Hj Nawawi) dan satu akaun peribadi (Aznil B Nawawi).. itu sahaja.. selain dari itu semua fake akaun.

“Yang fake akaun kita boleh nampak pada ejaan dia, Aznil double L dan Nawawi double i.. Pak Nil dah buat report di Facebook ada yang ditutup tapi tetap ada yang baharu. Konon jual kipas dan macam-macam so Pak Nil takut korang terus ditipu dan ini semua scam..,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here