Pak Lah hidap demensia sejak bersara sebagai PM – KJ

0
2
Grand Finals of the Piala Seri Endon Batik Design Competition 2018.

MENTERI Kesihatan, Khairy Jamaluddin, hari ini, mendedahkan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi menghidap demensia atau nyanyuk.

Khairy berkata, Abdullah atau lebih dikenali Pak Lah yang juga bapa mentuanya turut tidak mengingati namanya, isteri serta ahli keluarga lain.

“Saya ingin berkongsi satu perkara peribadi yang tidak pernah dikongsikan sebelum ini yang Pak Lah menghidap demensia.

“Beliau mula menunjukkan tanda kecacatan kognitif (cognitive impairment) sejak 2009 selepas beliau bersara daripada jawatan Perdana Menteri.

“Ramai orang tertanya-tanya keberadaannya dan sudah lama tidak melihatnya di tempat umum. Beliau kini terpaksa duduk atas kerusi roda, umpama mempunyai kehadiran fizikal dan fikirannya tiada,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Panduan Amalan Klinikal (CPG) Pengurusan Demensia (Edisi Ketiga) dan Pengurusan Schizophrenia (Edisi Kedua) di Sheraton Imperial, hari ini.

Hadir sama, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Presiden Persatuan Psikiatri Malaysia, Dr Hazli Zakaria.

Khairy menjelaskan, bapa mentuanya tidak lagi berkeadaan biasa, termasuk tidak mengenali orang terdekatnya.

“Saya tahu beliau masih mengenali saya apabila melihatnya mengerdipkan mata, apabila saya melawatnya.

“Lebih banyak hari yang sukar berbanding hari yang lancar. Jadi doakan beliau dan kami berharap untuk hari yang lebih baik akan datang,” katanya.

Pada 15 November tahun lalu, Pejabat Tun Abdullah Ahmad Badawi menafikan penularan berita bekas Perdana Menteri kelima itu meninggal dunia.

Khairy berkata, pendedahan mengenai penyakit dihidapi Pak Lah itu dibuat selepas mendapat persetujuan daripada keluarganya. – Malaysiapost

Kredit foto: The Star

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here