PM puji kehebatan filem ‘Air Force The Movie: Selagi Bernyawa’

0
2

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memuji filem ‘Air Force The Movie: Selagi Bernyawa’ yang disifatkan sebagai sebuah karya yang hebat dan membanggakan.

Perdana Menteri yang menghadiri tayangan khas filem berkenaan di TGV Cinemas Bandar Utama, malam tadi berkata, filem itu dapat menyemarakkan rasa cinta kepada tanah air.

“Tenyata hebat dan membanggakan. Begitulah perasaannya apabila menonton filem ‘AirForce: Selagi Bernyawa’.

“Semoga filem ini juga menyemarakkan rasa cinta kita kepada tanah air dan menggalakkan Keluarga Malaysia untuk turut mempertahankan maruah dan kedaulatan negara,” katanya dalam hantaran ringkas di Facebook.

Ismail Sabri berkata, beliau berharap Keluarga Malaysia lebih memahami tugas dan tanggungjawab serta perjuangan anggota pertahanan negara termasuk Pasukan Khas Udara (PASKAU).

“Filem yang sesuai ditonton oleh semua lapisan masyarakat. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM), TUDM, pihak produksi, pelakon dan seluruh pihak yang terlibat dalam pembikinan filem ini,” katanya.

Terdahulu, ‘Air Force The Movie: Selagi Bernyawa’ mengisahkan anggota PASKAU diketuai Kapten Adib dan mentornya, Mejar Adnan, yang bertugas dalam misi bantuan kemanusiaan di Namburi, iaitu sebuah negara bergolak.

Filem itu dibintangi Datuk Adi Putra, Nas T, Pablo Amirul, Hakim Ridza, Jack Tan, Aiman, Sara Ali, Johan As’ari dan Luqman Hafidz. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here