DEWAN Perdagangan dan Industri Asean (DPIA) bersama Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) telah menandatangi perjanjian persefahaman (MoU) dalam usaha menarik pelabur luar sekali gus mengembangkan perniagaan usahawan tempatan.
MoU tersebut masing-masing dimeterai oleh Presiden DPAI, Datuk Sohaimi Shahadan dan Ketua Pegawai Eksekutif MDEC, Mahadhir Aziz.
Shohaimi berkata, perjanjian MoU tersebut disifatkan dapat membantu MDEC meluaskan lagi hubungan perbadanan itu di rantau Asean.
Katanya, kerjasama itu juga turut membantu MDEC dalam semua program-program yang dianjurkan selain menarik pelaburan berimpak tinggi ke negara ini.

Sementara itu, Exco DPAI, Rajesh Kumar Mahalingam, berkata pihak DPAI menyambut baik perjanjian MoU tersebut dan berbesar hati dalam kolaborasi antara dua badan mega tersebut.
“Dalam MoU ini kita (DPIA) menjadi rakan kepada MDEC untuk membantu dari segi meluaskan pangkalan data perbadanan tersebut.
“Diharapkan dengan kerjasama ini DPIA dan MDEC dapat membantu usahawan-usahawan tempatan dan membawa mereka ke peringkat Asean,” katanya kepada Malaysiapost.
MDEC adalah satu inisiatif strategik negara yang diperkenalkan kerajaan untuk menggalak dan menarik minat syarikat, bakat dan pelaburan di samping membolehkan syarikat-syarikat tempatan memainkan peranan dalam mendepani evolusi digital serta ekonomi digital global.
Timbalan Ketua Setiausaha (Infrastruktur Telekomunikasi dan Ekonomi Digital), Kementerian Komunikasi dan Multimedia, MA Sivanesan turut menyaksikan majlis memeterai MoU tersebut ketika Prapelancaran Persidangan Dunia mengenai Teknologi Maklumat (WCIT 2022) dan Pelancaran Mudah Minggu Digital Malaysia 2022, baru-baru ini. – Malaysiapost

