Menang trofi Piala FA, Johor umum esok cuti

0
2

PASUKAN Johor Darul Ta’zim (JDT) berjaya menjuarai trofi Piala FA musim ini selepas menewaskan Terengganu FC dengan kemenangan 3-1 pada aksi final yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil sebentar tadi.

Ini adalah trofi ketiga dibawa pulang Harimau Selatan selepas kali pertama dilakukan pasukan Johor pada 1998 disusuli JDT pada 2016.

Sementara itu, kerajaan Johor mengisytiharkan esok sebagai hari Cuti Khas Peristiwa bagi seluruh negeri, susulan kejayaan pasukan JDT merangkul kejuaraan bola sepak Piala FA.

Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Tan Sri Dr Azmi Rohani, berkata keputusan cuti khas itu sekali gus menjunjung titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar.

“Sempena kejayaan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) menjuarai Piala FA Malaysia 2022, kerajaan Johor memutuskan mengisytiharkan hari Ahad, 11 September atau esok sebagai hari Cuti Khas Peristiwa bagi seluruh rakyat negeri.

“Pemberian Cuti Khas Peristiwa ini dibuat sebagai tanda meraikan dan memberikan penghargaan kepada semua penyokong pasukan JDT yang memberi sepenuh komitmen dan sokongan tidak berbelah bahagi kepada pasukan JDT dalam mengharumkan nama Johor Darul Ta’zim.

“Pengisytiharan Cuti Khas Peristiwa ini adalah selaras dengan peruntukan kuasa yang diberikan di bawah Seksyen 9(1) Akta Hari Kelepasan Am 1951 [Akta 369],” katanya dalam kenyataan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here