JIKA dibandingkan dengan karya Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan, segelintir peminat filem tempatan melabelkan Abang Long Fadil 3 seperti mengarut dan tidak berfaedah.
Bagaimanapun, filem itu yang mendapat sentuhan pengarah Syafiq Yusof berjaya mencatat kejayaan tersendiri apabila berjaya meraih kutipan RM3 juta pada hari pertama tayangan.
Catatan tersebut diumumkan Astroshaw, menerusi hantaran di Instagram.
“Filem komedi aksi terbaik tahun ini, Abang Long Fadil 3, arahan Syafiq Yusof berjaya mendapat kutipan setakat hari pertama pembukaan sebanyak RM3 juta!
“Ramai yang cakap mereka gelak beramai-ramai and sangat terhibur,” tulis entri itu.
Abang Long Fadil 3 kini ditayangkan di 159 pawagam seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura. Filem itu menampilkan barisan pelakon seperti Zizan Razak, Johan, Maya Karin, Elizabeth Tan, Datuk AC Mizal, Shuib Sepahtu dan Ozlyn Wati. – Malaysiapost

