PM wakil Keluarga Malaysia ucap takziah atas kemangkatan Ratu Elizabeth

0
1

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, mewakili seluruh Keluarga Malaysia menzahirkan ucapan takziah dan sedih atas kemangkatan Ratu Elizabeth II, semalam.

Beliau berkata, Ratu Elizabeth adalah pemerintah paling lama dalam sejarah dunia dan terkenal dengan sifatnya yang berdedikasi serta menjaga kebajikan rakyat.

“Jasa baginda mengekalkan hubungan baik United Kingdom dan negara-negara seluruh dunia termasuk Malaysia sentiasa diingati dan dihargai.

“Saya berharap keluarga Diraja Baginda dan rakyat terus tabah menghadapi dugaan ini,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Terdahulu, Ratu Elizabeth Ii, yang paling lama bertakhta di dunia, iaitu selama tujuh dekad, meninggal dunia pada usia 96 tahun.

Turut dimaklumkan 10 hari untuk berkabung serta penghormatan terhadap pemerintahannya yang memecahkan rekod.

Sementara itu, Putera sulung dalam kalangan empat anak Ratu Elizabeth II, Putera Charles, hari ini dinobatkan sebagai Raja Charles III.

Putera tertua kepada Ratu Elizabeth II itu secara automatik naik takhta sebagai raja Britain dan ketua negara bagi 14 kerajaan lain termasuk Australia, Kanada dan New Zealand. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here