Awas, ‘Nafuzi Ball’ bakal menghantui JDT

0
2

GAYA bolasepak yang dikenali ‘Nafuzi Ball’ bakal menghantui Johor Darul Ta’zim (JDT) pada aksi final Piala FA 2022 yang berlangsung di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur, esok. 

Bekas penyerang Terengganu FC, Abdul Manaf Mamat berkata, anak buah Nafuzi Zain semakin selesa dengan falsafah ‘Nafuzi Ball’ sekali gus tidak mustahil mengejutkan skuad penuh bintang JDT pada aksi final ini. 

Menurutnya, ketika ramai jurulatih yang menerapkan taktikal bermain secara hantaran jauh dan larian deras, ianya diubah Nafuzi dengan mencipta falsafahnya yang tersendiri.

“Pandangan saya, jurulatih Nafuzi ini mempunyai falsafahnya tersendiri dengan Nafuzi Ball. Teknik dia agak sedikit defensive, tetapi saya harap bahagian tengah mampu mengawal perlawanan.

“Saya puji Nafuzi dengan falsafah tersebut. Kalau dulu kan, banyak longball, running. Dengan falsafah Nafuzi Ball, dia terapkan one touch, bermain dari bawah, jangan hilang bola,” katanya dipetik Flash Sukan. 

Selain itu, Abdul Manaf yang pernah menjulang Piala FA bersama Terengganu 11 tahun dulu, berkata, Faisal Halim dan Tchetche Kipre merupakan kunci kekuatan yang bakal menentukan kemenangan kepada skuad Sang Penyu itu.

“Bagi saya, pemain utama untuk Terengganu adalah Mickey, Tchetche pun dalam dua perlawanan terakhir ini dia ada menjaringkan gol dan hatrik, diharap boleh kekal momentum, tetapi paling penting bahagian pertahanan kerana Johor kita akui penyerang mereka memang kaki gol. 

“Kita memang tidak boleh main open play, kalau bermain secara open play, memang mudah untuk JDT.

”Zaman saya itu tiada import. Kalau dulu, bawah Irfan Bakti, game play memang bermain secara terbuka, taktikal menyerang, pemain tengah yang baik seperti Nordin Alias dan setiap pemain mempunyai kelebihan bermain,” katanya. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here