Malang tidak berbau, penunggang maut dihempap pokok

0
2

PENUNGGANG motosikal maut dihempap pokok di Kilometer 67.4 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) arah Kuantan, petang tadi.

Kejadian itu berlaku pada pukul 6.20 petang ketika hujan lebat yang menyebabkan pokok tumbang dan menghalang laluan.

Beberapa keping gambar penunggang itu terbaring di bawah runtuhan pokok tular di media sosial hari ini.

Jurucakap LPT memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 6.24 petang.

Katanya, peronda lebuh raya kemudian dihantar ke lokasi untuk memberikan bantuan awal.

“Setakat ini petugas masih di lokasi kejadian untuk mengalihkan pokok yang tumbang,” katanya dipetik Harian Metro. 

Sementara itu, pasukan bomba dan penyelamat dari Balai Bomba Bentong dengan  kekuatan tujuh anggota bersama dua jentera dikejarkan ke lokasi kejadian setelah menerima panggilan. 

Komander Operasi Badrul Hisham Saari menjelaskan, sebatang pokok tumbang lalu menghempap sebuah motosikal jenis Yamaha Y15. 

Mangsa dikenali sebagai Muhammad Mustaqim bin Noor Azhar, 21, beralamat di Taman Hijau Karak. 

Menurutnya, mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan seterusnya. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here