SPM Ulangan dilaksanakan minggu depan

0
1
Pelajar tingkatan 5 hadir ke Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tasik Puteri sebagai permulaan sekolah hari ini. Pelajar calon peperiksaan utama 2020 memulakan sesi persekolahan secara bersemuka hari ini dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

PEPERIKSAAN Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) 2022 akan dilaksanakan pada 12, 13 dan 14 September ini membabitkan seramai 7,720 calon di 209 pusat peperiksaan di seluruh negara.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menerusi kenyataan hari ini, memaklumkan Lembaga Peperiksaan (LP) mengingatkan semua calon untuk merujuk jadual waktu peperiksaan bagi mendapatkan maklumat seperti tarikh, masa, kod dan kertas peperiksaan serta arahan yang perlu dipatuhi semasa peperiksaan berlangsung.

“Calon turut diingatkan supaya membawa dokumen pengenalan diri dan Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan ke pusat peperiksaan.

“Calon juga hendaklah mematuhi prosedur operasi standard dan peraturan yang ditetapkan oleh LP bagi memastikan kelancaran pengurusan pengendalian peperiksaan, SPMU tahun 2022” menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu lagi, bagi memastikan kelancaran pengurusan dan pengendalian peperiksaan itu, seramai 1,317 petugas peperiksaan telah dilantik untuk Ujian Bertutur Bahasa Melayu.

“Dan seramai 1,441 petugas peperiksaan telah dilantik untuk Ujian Mendengar Bahasa Melayu dan Ujian Bertulis,” katanya.

Menurut KPM, jadual waktu peperiksaan SPMU 2022 dan Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan boleh dimuat turun melalui laman sesawang rasmi LP di http://lp.moe.gov.my (http://lp.moe.gov.my/). – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here