Hormatilah pendirian Umno.

0
1

TINDAKAN Pas yang mahu meneruskan kerjasama dengan Umno dan Barisan Nasional (BN), namun dalam masa sama tetap ingin bersama Bersatu dalam Perikatan Nasional (PN) seolah-olah ingin memecah belahkan Umno.

AHLI Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah, berkata pendirian Umno sangat jelas bahawa tidak akan bersama Bersatu dan Pas masih tidak memahami pendirian Umno itu.

“Gayanya Pas mahu pecah belahkan Umno. Kenapa Pas masih tidak memahami keputusan yang dibuat oleh Umno. Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2020 telah buat keputusan tidak akan bersama Bersatu.

“Ini pendirian Umno, bukan kehendak individu,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Beliau yang juga Pengarah Komunikasi BN, berkata MKT Umno juga kemudian memutuskan bahawa Umno bergerak solo dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

“Ini sudah sangat jelas. Maka hormatilah pendirian Umno.

“Janganlah kerana mahu menunjukan kepada rakyat kononnya Pas pentingkan penyatuan ummah. Lantas gambarkan Umno menolak penyatuan,” katanya.

Shamsul Anuar menegaskan, keputusan dilakukan tentulah berasakan kepentingan Umno.

“Persoalannya, kalaulah Pas benar-benar ikhlas mahu menyatukan Melayu Islam. Ajak sajalah Amanah sekali,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here