Najib fail petisyen pengampunan

0
1

STATUS Datuk Seri Najib Razak sebagai Ahli Parlimen Pekan, kekal setakat ini walaupun selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta terhadapnya.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun, berkata ia berikutan bekas Perdana Menteri itu telah memfailkan petisyen pengampunan pada Jumaat lalu.

Terdahulu kelayakan Najib sebagai Ahli Parlimen Pekan dilaporkan akan terbatal secara automatik selepas 14 hari, bermula 24 Ogos lalu susulan beliau mula menjalani hukuman penjara.

Keadaan itu berlaku jika tiada sebarang prosedur mahkamah lain atau permohonan pengampunan diraja dibuat dalam tempoh berkenaan.

Azhar berkata, ia selaras Perkara 48 Perlembagaan Persekutuan dimana seseorang Ahli Parlimen hilang kelayakan jika dihukum penjara lebih setahun atau denda tidak kurang daripada RM2,000 serta tidak mendapat pengampunan bebas.

Pada 23 Ogos, Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman 12 tahun penjara serta denda RM210 juta yang dikenakan ke atas Najib yang didapati bersalah menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here