Didakwa lakukan perkara tidak senonoh, bapa pelakon remaja buat laporan polis

0
2

BAPA kepada seorang pelakon remaja perempuan membuat laporan polis susulan pendedahan anak kandungnya itu yang mendakwanya melakukan perbuatan tidak senonoh terhadap pelakon terbabit.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim, berkata lelaki berkenaan membuat laporan polis bagi menafikan dakwaan berkenaan di Balai Polis Bandar Baharu, Kedah, semalam.

“Setakat ini, tiada laporan (polis bapa pelakon remaja) diterima berkaitan perkara itu di Kuala Lumpur,” katanya memetik Harian Metro.

Terdahulu, pelakon berusia 15 tahun menjadi tetamu jemputan dalam satu program ‘broadcast’ di YouTube bagi berkongsi mengenai kisah hidupnya, baru-baru ini.

Pelakon terbabit mendedahkan sikap buruk bapanya selain memperlakukan ibunya dengan teruk.

Malah, dia mendakwa pernah diperlakukan perkara yang tidak senonoh oleh bapanya sendiri.

Semalam, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bersedia memanggil pelakon terbabit jika ada laporan dibuat.

Menterinya, Datuk Seri Rina Harun berkata, setakat ini, belum ada laporan rasmi diterima berhubung perkara itu,

Menurutnya, sekiranya perkara itu benar berlaku, pihaknya akan memanggil pelakon terbabit serta bapanya untuk disiasat dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas mengikut Akta Kanak-Kanak 2001. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here