Ayahanda sihat, selamat – Nizar Najib

0
1

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) pagi tadi kerana masalah kesihatan berada dalam keadaan sihat.

Anaknya, Datuk Mohd. Nizar Najib mengesahkan bahawa bapanya berada dalam keadaan sihat dan selamat tetapi memohon orang ramai berdoa untuk bapanya yang sedang menjalani hukuman penjara selama 12 tahun di Kajang.

“Alhamdulillah ayahanda berada dalam keadaan sihat dan selamat, tapi kita doakan beliau boleh menyesuaikan diri dengan keadaan yang baharu,” katanya dipetik Kosmo, hari ini.

Terdahulu, Astro Awani melaporkan Najib dikejarkan ke HKL awal pagi tadi akibat masalah kesihatan. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here