‘Saya bukan ‘punching bag’ untuk netizen lepas geram’ – Shila Hamzah

0
2

PENYANYI, Shila Hamzah kesal kerana masih ada individu menghentam dan mengecamnya di media sosial, susulan insiden membuang gula-gula getah daripada mulut ketika persembahan secara langsung, baru-baru ini meskipun sudah memohon maaf.

Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Amzah, berkata dia sudah melakukan yang terbaik untuk kekal waras dengan semua kecaman di media sosial

Namun, kata Shila, dirinya juga bukan ‘punching bag’ atau tempat mereka melepaskan geram atau maki hamun sesuka hati.

“Pandang, ambil masa dan refleks. Sabarlah kalian semua, ini adalah pancaroba dunia.

“Semoga hari-hari kalian akan lebih baik di masa hadapan, Sha doakan,” tulisnya menerusi hantaran di Instagram.

Sehubungan itu, rata-rata pengikut Shila memintanya untuk bersabar dan mengabaikan kata-kata negatif segelintir netizen terhadapnya.

“Abaikan yang negatif, kami sentiasa bersama anda,” kata Zacryfaeryf93

“Abaikan mulut longkang,” kata zuaimy_2711

“Setiap dari kita ada kesusahan hidup masing-masing. Allah uji kita semua dengan pelbagai cara. Kita mesti bersabar. Cuba buat yang terbaik yang kita mampu.In Shaa Allah, kita akan berjaya dalam hidup, Aamin,” kata Cheeq_noon.

Terdahulu, Shila mengaku membuat silap apabila bertindak membuang gula-gula dari mulut hingga disaksikan penonton ketika beraksi pada Konsert Merdeka 65 yang disiarkan secara langsung TV2, Selasa lalu.

Shila berkata, dia terlupa membuang gula-gula berangin itu sebelum tampil membuat persembahan.

“Ketika acara berlangsung, saya tidak sihat dan sudah menjadi tabiat saya mengunyah gula-gula berangin bagi menyejukkan tekak,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here