Tolak kerjasama: ‘Ia kenyataan Zahid, bukan akar umbi Umno’ – Hadi

0
1
KUALA LUMPUR 09 JANUARY 2016. Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang melambaikan kepada media selepas Majlis Taklimat Tertutup Majlis Syura bersama pimpinan PAS di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad, Taman Melewar. NSTP/ SAIRIEN NAFIS

PRESIDEN PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang mengesahkan rundingan dengan Umno masih berjalan walaupun pemimpin tertinggi parti itu sudah beberapa kali menegaskan tiada kerjasama dengan PAS.

Bagaimanapun, beliau menegaskan rundingan tersebut tidak melibatkan pemimpin utama Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Abdul Hadi turut menegaskan pendirian Ahmad Zahid yang berkali-kali menolak kerjasama dengan PAS sebelum ini, adalah pendirian Ahli Parlimen Bagan Datuk itu, semata-mata bukan kehendak akar umbi.

Katanya, Umno bukan hanya memiliki presiden tetapi juga mempunyai naib-naib presiden, majlis kerja tertinggi, dan bahagian-bahagian.

“Saya anggap itu (bergerak solo dalam PRU ke-15) kenyataan Presiden Umno, bukan ahli-ahli Umno, bukan akar umbi Umno,” katanya seperti dilapor Malaysiakini.

Ditanya sama ada rundingan berkenaan membabitkan pemimpin selain Ahmad Zahid, Abdul Hadi menjawab: “Ya, ya, ada.”

Abdul Hadi berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Muktamar PAS kali ke-68 di Kompleks PAS Kedah di Kota Sarang Semut, Alor Setar, Kedah, hari ini.

Terdahulu, Abdul Hadi menegaskan hubungan PAS dan Umno masih berjalan di peringkat akar umbi.

Beliau mendakwa, PAS masih tetap berpegang kepada perjanjian asal dimetari di antara PAS dan Umno dalam MN.

“Kita bersetuju bukan saja Umno dan PAS, tapi termasuk Bersatu,” katanya.

Sementara itu Setiausaha Agung PAS Datuk Seri Takiyuddin Hassan mengesahkan pihaknya turut menjemput pimpinan Umno untuk hadir ke muktamar kali ini.

Bagaimanapun, katanya, tiada seorang pun daripada mereka yang memberi respon.

“Saya mengesahkan kita jemput pimpinan Umno, tetapi tiada respon, termasuk Umno Kedah pun tiada yang hadir,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here