PAKATAN Harapan (PH) pernah berhasrat untuk menutup Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb), kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Perdana Menteri kerajaan PH sepanjang 22 bulan pentadbirannya, sumbangan kewangan kepada yayasan untuk menjaga bekas atlet tidak disalurkan seperti biasa.
“Sewaktu kerajaan lain memerintah negara ini selama 22 bulan, bukan sahaja sumbangan tidak diberikan, malah ada cadangan untuk menutup Yakeb sewaktu mereka memerintah sekali gus menyebabkan Yakeb berdepan masalah ketika itu.
“Namun, apabila kita memerintah semula, sumbangan kewangan kembali diberikan. Baru-baru ini saya sudah salurkan RM3 juta, itu untuk tahun lepas dan tahun ini. Insya-Allah, kita akan bincang untuk tahun hadapan pula.
“Saya juga berharap, menerusi peruntukan ini Yakeb dapat anjurkan lebih banyak lagi program yang boleh beri manfaat kepada bekas-bekas atlet seperti kursus keusahawanan untuk mereka menambah pendapatan,” katanya.
Ismail berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Yakeb ke-7 yang turut dihadiri Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan Pengerusi Yakeb, Datuk Noorul Ariffin Abdul Majeed di sini, hari ini.
Sementara itu, Ismail Sabri berharap Yakeb dapat bergerak secara proaktif untuk mencari bekas atlet negara yang berdepan masalah agar mereka tidak dimanipulasikan oleh pihak tidak bertanggungjawab.- Malaysiapost

