Tok Mat mahu pertahan kerusi Rantau, turut intai Parlimen

0
1

TIMBALAN Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan menyatakan hasratnya untuk terus mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) nanti.

Malah, Adun Rantau itu juga turut mengintai kerusi Parlimen dalam PRU akan datang.

“Insya-Allah, saya akan terus pertahankan kerusi DUN Rantau pada PRU15 ini.

“Kerusi Rantau ini, imbangan penduduk itu menggambarkan seperti Malaysia, orang Melayu, Cina dan India itu ramai.

“Jadi ia perlu diuruskan dengan baik dan saya yakin pengundi di Rantau akan terus berikan sokongan kepada BN.

“Memandangkan saya sebagai Timbalan Presiden parti, seharusnya juga saya perlu untuk bertanding di peringkat kawasan Parlimen, untuk saya memainkan peranan dan perlu berada di peringkat kebangsaan untuk menguruskan parti,” katanya kepada pemberita hari ini.

Mohamad ataupun lebih dikenali sebagai Tok Mat berkata demikian selepas menghadiri program Semarak Merdeka di Kuala Sawah, di Rantau.

Mohamad bagaimanapun tidak memberitahu secara jelas, kawasan Parlimen manakah beliau akan bertanding kelak.

Sebelum ini dalam wawancara eksklusif bersama Malaysiapost Tok Mat berhasrat untuk bertanding di kerusi Parlimen Rembau.

Untuk rekod penyandang kerusi Rembau ialah Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.- Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here