Muhyiddin tak perasan kerajaan hari ini gabungan BN, PN, sindir Mat Sabu 

0
2

TIDAK ada sebarang kerjasama Pakatan Harapan (PH) dengan Perikatan Nasional (PN) kerana mereka adalah sebahagian daripada kerajaan, kata Presiden Amanah, Mohamad Sabu. 

“Mungkin Muhyiddin tidak perasan dia berada di dalam kerajaan walaupun tidak lagi menjadi Perdana Menteri. 

“Kegagalan kerajaan hari ini adalah kegagalan bersama PN dan BN,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya. 

Semalam Muhyiddin dilaporkan berkata idea kerjasama PN dengan pembangkang disuarakan kerana mahu menyelamatkan negara agar tidak terus terjerumus ke dalam kancah kleptokrasi, rasuah dan salah guna kuasa. 

Muhyiddin menegaskan, beliau menyuarakan cadangan itu kerana berpendapat kepentingan negara lebih penting berbanding parti. 

Tambah beliau, rakyat kini mahu melihat semua parti politik menawarkan sesuatu yang boleh menyelamatkan negara. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here