Zahid doakan Tun M kembali sembuh 

0
2

PRESIDEN Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendoakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad diberikan kesembuhan daripada Covid-19. 

Ahmad Zahid berkata, beliau menerima perkhabaran Dr Mahathir dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) hari ini. 

“Semoga Tun yang dilaporkan positif jangkitan Covid-19 diberi kesembuhan,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya. 

Sementara itu, Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki juga berdoa dan mengharapkan Ahli Parlimen Langkawi itu kembali pulih. 

“Didoakan agar Allah beri kesembuhan dan kembali pulih dengan sempurna kepada Tun Dr. Mahathir  Mohamad. Amiin,” katanya. V- Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here