Surat percepat kes Zahid: Peguam Negara perlu letak jawatan – Puad

0
2

PENGUAM Negara, Tan Sri Idrus Harun digesa meletak jawatan serta-merta selepas tular satu lagi surat didakwa meminta mempercepatkan perbicaraan kes membabitkan Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata tindakan itu jelas mencampuri urusan mahkamah sekiranya surat yang tular itu sahih.

“Bocor lagi. Terbaru surat Jabatan Peguam Negara kepada (Datuk) Hakim Collin Lawrence Sequerah. Kalau ia sahih ia menggemparkan.

“Itu sah mencampuri urusan Mahkamah. Justeru, Peguam Negara bukan lagi wajib diganti tetapi wajib letak jawatan. Serta merta,” katanya menerusi Facebook.

Menurut Mohd Puad, surat tular itu sekali gus membuktikan wujud konspirasi berniat jahat terhadap pendakwaan membabitkan pemimpian Umno.

“Surat itu bukti, wujud konspirasi, dendam dan berniat jahat. Mana tidaknya, setelah Najib berjaya dipenjara, kini minta pula utamakan kes Zahid. Apakah supaya Zahid segera masuk penjara?

“Kalau surat itu palsu. Peguam Negara kena nafikan. PM mesti segera bertindak. Selamatkan sistem keadilan negara,” katanya.

Terdahulu, tular satu surat yang didakwa dihantar pihak pembelaan kepada hakim bagi mempercepatkan perbicaraan dihadapi Ahmad Zahid.

Dalam satu surat yang dihantar Timbalan Pendakwa Raya, Abdul Malik Ayob kepada Setiausaha Hakim Datuk Lawrence Sequerah yang dilihat Malaysiapost, pihak pendakwaan meminta kes Ahmad Zahid diutamakan melebihi kes 1MDB.

Menurut surat yang ditandatangani Abdul Malik bertarikh 29 Ogos itu, beliau meminta supaya kes yang berada di peringkat pembelaan itu diselesaikan dengan kadar segera. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here