Sultan Johor tidak keluar kenyataan berkait Umno

0
2

SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Iskandar bertitah baginda tidak pernah mengeluarkan kenyataan ‘Kerajaan Umno perlu berhenti memperdaya rakyat Malaysia dengan segala alasan dan tipu helah’ di laman media sosial.

Menurut kenyataan di Facebook rasmi Sultan Johor, ia adalah satu kenyataan palsu yang disebarkan secara berterusan oleh pihak tidak bertanggungjawab di dalam pelbagai aplikasi media sosial.

Justeru, Pejabat Media dan Komunikasi Keluarga Diraja Johor (Royal Press Office) sudah membuat laporan polis berhubung penyebaran kenyataan palsu berkenaan.

“Sultan Johor bertitah bahawa segala kenyataan atau laporan berita berkaitan dengan Baginda ataupun Keluarga DiRaja Johor hanya akan dikeluarkan oleh Royal Press Office,” menurut kenyataan itu.

Jelasnya, kenyataan palsu ini sudah beberapa kali disebarkan di dalam media sosial dan ia masih berterusan sehingga ke hari ini.

“Saya telah menitahkan Royal Press Office untuk sekali lagi membuat laporan polis berhubung perkara ini,” titah baginda.

Terdahulu, tular kenyataan berbentuk poster yang memaparkan gambar Sultan Ibrahim berserta ayat: ‘Kerajaan Umno perlu berhenti memperdaya rakyat Malaysia dengan segala alasan dan tipu helah’ di media sosial. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here