SEBANYAK 1,946 kes baharu dengan lapan kematian baharu akibat Covid-19 direkod, semalam.
Angka itu menunjukkan penurunan berbanding 2,191 kes kelmarin sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes kini adalah 4,740,064 kes, dengan melibatkan kes import sebanyak satu kes.
Sementara itu, tiada kematian berlaku di luar dalam fasiliti KKM atau brought-in-dead (BID) dilapor semalam.
Ia sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan wabak itu adalah 36,206 kes sejak virus tersebut melanda negara.
Berdasarkan data di laman COVIDNOW, kes aktif setakat semalam mencatatkan sebanyak 31,568.
Seramai 30,163 individu atau 95.5 peratus sedang menjalani kuarantin di rumah dan 18 ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Sebanyak 1,312 kes pula dirawat di hospital dan 75 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) serta 50 pesakit memerlukan bantuan pernafasan. – Malaysiapost

