Pendedahan surat ditafsir sebagai campur tangan mahkamah – Lokman

0
1

PENDEDAHAN surat tular berhubung dakwaan mempercepat kes perbicaraan melibatkan Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, ditafsirkan sebagai campur tangan mahkamah.

Bekas Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Lokman Noor Adam berkata peguam Hisyam Teh Poh Teik juga telah membangkitkan perihal surat yang tidak sepatutnya keluar itu.

“Alhamdulillah, Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah telah menegaskan mahkamah tidak akan membiarkan mana-mana pihak cuba dictate (memberi arahan) tentang cara bagaimana beliau akan mengendalikan kes Ahmad Zahid.

“Hakim Datuk Collin juga menegaskan, pembicaraan akan diteruskan mengikut jadual yang ditetapkan.

“Beliau juga menegaskan bahawa tiada mana-mana pihak boleh mengarahkan mahkamah tentang kes mana yang perlu diutamakan kerana ia terletak kepada kuasa mahkamah,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Media melaporkan tular satu surat yang didakwa dihantar pihak pembelaan kepada hakim bagi mempercepatkan perbicaraan dihadapi Ahmad Zahid.

Dalam satu surat yang dihantar Timbalan Pendakwa Raya, Abdul Malik Ayob kepada Setiausaha Hakim Datuk Lawrence Sequerah, pihak pendakwaan meminta kes Ahmad Zahid diutamakan melebihi kes dana 1Malaysia Development berhad (1MDB).

Terdahulu, pendakwaan menarik balik surat yang dihantar kepada Hakim Mahkamah Tinggi supaya memberikan keutamaan kepada kes penyelewengan dana Yayasan Akalbudi dihadapi Ahmad Zahid berbanding kes penyelewengan 1MDB Datuk Seri Najib Razak.

Pada prosiding perbicaraan kes itu hari ini, Timbalan Pendakwa Raya Abdul Malik Ayob memaklumkan kepada mahkamah bahawa perkara itu kini sudah selesai dengan mengambilkira penarikan balik surat berkenaan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here