Bangi dilanda banjir kilat 

0
2

BEBERAPA kawasan di Bandar Seri Putera, Bangi dan Bangi Selatan dilanda banjir kilat lewat petang tadi. 

Ia susulan hujan lebat sekitar kawasan tersebut sejak petang. 

Beberapa kenderaan dilaporkan terkandas di jalan raya susulan air semakin meningkat sejak jam 6.30 petang tadi. 

Pada masa sama dilaporkan berlaku gangguan perkhimatan komuter dari Stesen KL Sentral ke Sungai Gadut, Seremban susulan banjir kilat di laluan komuter antara Stesen Bangi ke Stesen Batang Benar. 

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) di Persiaran Putra, Bandar Seri Putra turut terjejas apabila digenangi air. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here